|
Dua pahlawan Melayu yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British pada Perang Perak 1891 yang dikebumikan di Singapura setelah dijatuhi hukum gantung akan dibawa pulang ke Perak pada 9 September depan.
Mereka ialah Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim Jaafar dan Laksamana Mohamad Amin.
Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim berhampiran Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin akan disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan, di sini.
Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, Datuk Seri Wan Mohd. Fathir @ Fadzir Wan Hussain yang mengesahkan perkara itu berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali akan membawa balik jenazah kedua-dua pahlawan negara itu dari Singapura dengan menaiki kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Katanya, satu upacara khas akan diadakan sempena usaha membawa balik kedua-dua pejuang negeri Perak itu sebagai satu penghormatan.
Menurutnya, usaha membawa balik jenazah kedua-dua pahlawan itu sedang disusun dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Selain itu, katanya, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara dan beberapa badan sejarah termasuk kerajaan negeri Perak turut terlibat dalam usaha itu.
Sementara itu, menurut sumber, kubur kedua-dua pahlawan yang berani mati itu berjaya dikesan pada 4 Ogos 2004 di Singapura.
Berikutan itu, katanya, kubur pahlawan itu akan digali semula dan kedua-dua jenazah akan dimasukkan ke dalam dua keranda berasingan yang ditutup dengan Jalur Gemilang dan bendera Perak serta diberikan penghormatan pengebumian penuh istiadat.
Dua pahlawan Melayu yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British pada Perang Perak 1891 yang dikebumikan di Singapura setelah dijatuhi hukum gantung akan dibawa pulang ke Perak pada 9 September depan.Mereka ialah Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim Jaafar dan Laksamana Mohamad Amin.
Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim berhampiran Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin akan disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan, di sini.
Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, Datuk Seri Wan Mohd. Fathir @ Fadzir Wan Hussain yang mengesahkan perkara itu berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali akan membawa balik jenazah kedua-dua pahlawan negara itu dari Singapura dengan menaiki kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Katanya, satu upacara khas akan diadakan sempena usaha membawa balik kedua-dua pejuang negeri Perak itu sebagai satu penghormatan.
Menurutnya, usaha membawa balik jenazah kedua-dua pahlawan itu sedang disusun dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Selain itu, katanya, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara dan beberapa badan sejarah termasuk kerajaan negeri Perak turut terlibat dalam usaha itu.
Sementara itu, menurut sumber, kubur kedua-dua pahlawan yang berani mati itu berjaya dikesan pada 4 Ogos 2004 di Singapura.
Berikutan itu, katanya, kubur pahlawan itu akan digali semula dan kedua-dua jenazah akan dimasukkan ke dalam dua keranda berasingan yang ditutup dengan Jalur Gemilang dan bendera Perak serta diberikan penghormatan pengebumian penuh istiadat.























0 Responses to “Jenazah 2 wira Melayu tentang British dibawa pulang 9 Sept”
Leave a Reply